Tuesday, November 18, 2014

Sakit Hati

Hari ini aku rasa hari yang sangat mendung bagi aku. Aku boleh pikir pasal diri dia tapi ada dia pikir tentang aku? Tak pernah. Sepanjang setahun aku kenal dia, dia memang tak pernah pikir tentang aku. Hanya pikir pasal diri sendiri.

Friday, November 14, 2014

Hari Ini Dalam Sejarahku....

Suatu tengahari yang agak terik. Sang Merah sedang elok berlari, tiba-tiba aku terpandang satu tempat. Susunan kerusi yang cantik berwarna putih, diasingkan kepada dua bahagian, laluan tengah yang dihiasi daun-daun kering, podium kecil yang diletakkan dihadapan. Tempat kejadian di tengah halaman yang menghijau...

" Alangkah indahnya perkahwinan aku suatu hari nanti seperti ini dikecualikan podium kecil dan laluan tengah tu..uish...wedding in the garden.."


Pap...Bahuku ditampar seseorang...lupa pula yang aku tengah drive sambil membawa sang gergasi disebelah..hehehe.."jgn marah abg"...Habis punah hancur berkecai angan-angan mat jenin itu tadi..

" Drive tu cuba tengok depan, sayang. Main berangan pulak dia"

Marah pulak cik abang ni..takpe la simpan dlm diari je la kot angan2 nak kahwin dlm taman..hahaha

Thursday, October 3, 2013

Akhirnya

Assalamu'alaikum semua. Sudah sekian lama rasanya tidak berceloteh di sini. pernahkah anda terasa ingin menyayangi dan disayangi?

Semestinya teringin bukan. Setelah sekian lama menanti, akhirnya ada juga seseorang yang sudi menerima diri ini yang garang, nakal sikit, gila-gila, dan semuanyalah. Hadirnya dia kerana Allah. Bersyukur sungguh dengan kehadirannya. Terasa diri ini disayangi oleh insan yang bernama kekasih. Pelbagai duka dan derita juga kesedihan yang telah aku lalui selama 6 tahun, akhirnya Allah mengurniakan seorang insan yang baik, lembut hati dan penyayang untuk diriku. 

Walaupun ringkas entry kali ini, aku berterima kasih pada Allah kerana membuka hati ini menerima lelaki yang sudi menyayangi diri ini setulus hati. Mudah  mudahan Allah melindungi, memelihara dan mempermudahkan perhubungan kami sehingga ke waktu yang bahagia seperti yang dijanjikan Allah buat setiap makhluk ciptaan-Nya...amin..

Sunday, June 23, 2013

Finally I Know

For all this time, it's look like you supported me, backed me up, get hold on me, but at the end Finally I Know and i see the truth. 

For the first time in my life i'm being stabbed from the back by my own...i don't know how to introduce the person and Finally I Know.

What i'm done wrong for that person do such thing to me? i never hurt her feeling, i always accept her who she is, and sometimes i feel like i have another little sister but Finally I Know.

For that guy, i don't what special you are until you can make so many girls falling in love with you including me but Finally I Know.

Finally, at the end I Know that a good friend never cheated, never take for granted, never stabbing each other. 

You always said that ''never believed on what a guy said to you''. But on what purposed you said those words to me? you yourself believed on what he said even fall for him. You said that guy cannot be trust, but you yourself trusted him even when he cheated on you, you just keep silence. You said that many other guys that one fine day will be your soul mate but you yourself choose to love him instead of other guys..

Why all those word you said to me you yourself never take it as advise for yourself? Is it just a way for you to make me put a distance for my feeling towards that guy so your can grab and hold him tight and never let go? What the point that once upon a time you told me that when the guy want to know you  but you yourself said that you not like him but at the end?

If you want him just tell me the truth, just tell me your feeling towards him. Do not make so many excuses to hide your feeling. if you tell me the whole story, i can put away my feeling on him but just don't do like this. It's only hurt my feeling, lost my trust upon you and make me not to believe you anymore. Don't be such a hypocrite.

For that guy, congratulation on the successful seducing technique that make the girl who i trust the most fall for you. I just want to give one advise, Do not breaking those heart who have a feeling for you, just explain to them properly and do not make them cry because REMEMBER, you have a younger sister, I afraid what you have done those girls, Allah S.W.T will pay the same way on your sister. One more thing, in 
Al-Quran, Allah S.W.T berfirman, 'lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat'. 

Thank You  for the two of you given me such a memorable event that make me cried all the time until i became a heartless person now...


Friday, July 6, 2012

Luahan Hati Seorang Secret Admire



"Sudahlah Mi... tak payah la kau ingat kat dia."

Aku memujuk diri sendiri. Hati mana tak pedih bila orang yang kita lihat dari jauh sudah dimiliki. Memang salah diri sendiri kerana tidak berani untuk membuka mulut. Sesungguhnya hati ini pada mulanya enggan menerima desas-desus daripada orang yang menyatakan bahawa dia sudah berpunya.

Aku memberanikan diri untuk berkawan dengannya dan diri ini diterima sebagai sahabat. Betapa gembiranya hati ini bila insan yang hanya mampu dipandang dari jauh tiba-tiba mula bercakap dengan diri ini. Gembira tak terkata. Dalam diam hati ini mula menyukainya. Segala desas-desus yang didengari tadi disangkal jauh dari hati ini. Kami kerap terserempak di fakulti dan tempat makan. Kadangkala kami makan bersama walaupun ditemani kawan dan dikala itu terasa hati ini ingin melompat hingga ke awan. Melihat raut wajahnya umpama pengubat rindu walaupun dia hanya seorang sahabat. Lama-kelamaan, dia menggelarkan diri ku sebagai kak long kawasan walaupun pada realitinya gelaran itu bukan milikku. "Aku bukan kak long kau la. Kau pun anak sulung jugak pe." detik hati ini. Tapi biarlah. Asalkan dia bahagia.

Pada 11 Mei 2012, satu tarikh yang memang aku tak jangka perkara ini akan terjadi. Pagi hari tu Royal Selangor Pewter menjadi destinasi utk field trip subjek Issue in marketing. Memang rasa tak sedap hati pergi trip tu sebab kena menghadapi lecturer yang sangat cerewet dan boleh pulak sesat bila dah keluar dari highway tu. Balik dari trip memang tension sangat sebab memikirkan yang trip kami tidak mengikut seperti yang sudah dirancang. Sesampai dirumah hari dah malam. Dengan jasa baik junior yang comel ni, hilang lah sikit lenguh2 naik bas sampai tertidur dia mengurut kaki dan tanganku. Talifon bimbitku berdering dan dengan pantas tangan ni menekan butang hijau walaupun x tgk sape yang call.

"Hello, kak long. ade kat mne?"
"Ha? ada kat rumah. Kenapa ni?"

baru aku sedar, orang yang call tu rupa-rupanya si dia yang ak adore dri jauh tu. cepat2 betul suara yang serak pasal tgh tidur tadi.

"Sy ade masalah la. Runsing la kepala ni."
"Eh, knp ni? awk ok x?"
"Jumpe boleh x? Sy x taw nk citer kat sape. Dari pagi tak makan lagi."
"Nak jumpe? Bile? Sekarang ker? macam berat je masalah tu."
Kalau boleh sekarang. Nanti sy ambil awk kat rumah. Rumah kat mne?

Lepas aku bagitau alamt rumah, si Husna terus excited, Amy, dia call kn? Dia nak jumpe kenapa? Aduh adik aku yang sorang ni, soalan keluar dari mulut die macam machine gun. Aku pun terus bangun, basuh muka jap  dan capai je sweater kat kerusi tu. tapi, Amy, takkan nak pakai seluar tidur kot? at least pakai la jeans ker? Si Husna bising dari dalam bilik. "Ala jumpe kejap jer. Bukan lama pun." Husna buat muka ketat, "Ok2, aku tukar." Dah lepas tukar seluar, aku pun turun dengan bawak handphone jer. Tunggu dia kat luar rumah. At last dia sampai. Aku pun pergi la kat luar gate je, tapi dia still tak turun dari kereta dia, then tingkap kereta dia turunkan pastu dia melambai panggil aku datang dekat dia. 

"Masuk dalam kete lah."

Aku pun masuk. Cuaknya hanya Tuhan saja yang tahu.

"Dah makan belum?"
"Dah. Nak pegi mne ni?"
"Jom teman saya makan. Sy tak makan lagi dari pagi. Tadi dah muntah berapa kali tah kat umh."

Semasa dalam kereta, aku memberanikan diri tanya apa masalah dia, then dia mula bercerita sampai lah kat kedai mamak masih lagi bercerita. Aku menjadi pendengar dan penasihat yang takde la baik sangat tapi boleh la. Last2 point yang die nak sampai kan adalah, dia runsing dan dah tak tahan dengan perangai GF dia. Oh, ok. Aku baru paham. Puas sudah aku menasihatinya dan akhirnya dalam jam 3 pagi baru lah dia menghantar aku ke rumah semula. Nasihat terakhir, "Mir, dah tak payah runsing2 and about ur girl, just ignore her if that is what she want from u." Dia pun bergerak pergi. Sesampainya dia di rumah, dia call aku balik mengatakan dia dah sampai di rumah and sekali lagi aku remind kat dia pasal nasihat aku tu. Mata aku pun dah ngantuk and lepas tukar baju, tarik selimut and BUM! tido!

Isnin menjelma lagi. Aku ke kelas seperti biasa, namun dalam hati ini membawa harapan yang dia sudah berenggang dari gf dia tu setelah penat aku bagi nasihat free kat dia. Tapi bila keluar dari bilik kuliah pas meeting, turun jer anak tangga terakhir, aku terdengar panggilan, Kak Long! Aku pun menoleh. 

WHAT?????? Unbelievable. Dia tengah makan dengan awek dia Oh What is this? aku melarikan pandangan dari dia dan perasaan marah membuak-buak dalam dada ini. Macam terlalu lama bersarang dalam jiwa. Last2 petang tu aku ajak Husna pegi tasik UTP tengok ikan, kot2 dpt menenangkan hati yang marah ini, namun tidak. Lepas dari dia meluahkan rasa runsing dia itu, terus dia menyepi dari aku. Aku dapat rase kan dia menjauhkan diri dari aku. 

Air mata sering kali tumpah dan aku tumpas dengan perasaan aku sendiri. Pabila aku terpikir pasal dia, air mata ini pasti berjuraian. APakah perasaan ini? Aku rasa sedih, benci, rindu, kecewa, dan pilu. Dengan apa yang dia buat pada aku. Dia cari aku time susah jer. Dah elok perhubungan dengan awek dia, aku dilupakan terus. Apa ini? Adakah aku ini hanya tempat pelepas dukamu dan setelah hilang duka itu aku dilupakan dan dipadam dari hidupmu? 

Sekarang apabila terserempak walaupun hanya keretamu, aku jadi marah. setiap kali aku nak lupakan kau, namamu pasti ada dekat dengan aku. 

Bagaimana aku nak lupakan nama dia? Sebab dalam nama aku ada nama dia. 
 Air mata menjadi peneman setia.

Saturday, January 28, 2012

Apa Khabar Semua?





Assalamualaikum semua yg masih lgi rajin view blog saya. 
Saya Amira Najiha ingin meminta maaf kerana sudah lama jugak la sy tak update blog. 
Maklumlah exam month. 
Tapi sekarang dh hbs exam mungkin sy akan menyambung kembali apa yang sy tak update lagi. hehe...
maaf ye kwn2 semua. 
Lagi satu pesanan utk semua kalau ade sy nk comment psal cerita yang sy buat tu sila la bg comment anda. 
kalau ada yang bg idea pun boleh. Hehe...
Maklumlah sy masih amatur lgi. 
Oklah kwn2, sy nk sambung cerita sy yg tergendala selama beberapa bln lps. Insya Allah akan sy publish cepat mungkin cerita yg terbaru...kalau berkenan silalah follow sy...mmg xtaw malu btul..hehe...


yang tergendala,


AMIRA NAJIHA

Monday, December 5, 2011

My Old School's Friends

Rakan2 ku...I Miss all of you...

Nizam mcm bapak pengantin pulak..haha

Mcm2 ragam

Semua cover muka..lagi2 Ariff tu..mcm nervous jer..


Peace kwn2....

Candid pic tp x mcm candid pun..hehe

Gadis2 ayu SKS..haha..mcm x caye jer

Wow....faiz gelak sakan...
Jejaka idaman Malaya...haha..

Nice picture...


Kawan-kawanku, aku seronok dpt jumpe korang balik...rasa macam kenangan sekolah rendah menjengah kembali...tak sabar rasanya nk jmpe lagi. banyak lagi yang ingin dikongsi bersama...thank you to all of you...
See you soon later...