Thursday, October 3, 2013

Akhirnya

Assalamu'alaikum semua. Sudah sekian lama rasanya tidak berceloteh di sini. pernahkah anda terasa ingin menyayangi dan disayangi?

Semestinya teringin bukan. Setelah sekian lama menanti, akhirnya ada juga seseorang yang sudi menerima diri ini yang garang, nakal sikit, gila-gila, dan semuanyalah. Hadirnya dia kerana Allah. Bersyukur sungguh dengan kehadirannya. Terasa diri ini disayangi oleh insan yang bernama kekasih. Pelbagai duka dan derita juga kesedihan yang telah aku lalui selama 6 tahun, akhirnya Allah mengurniakan seorang insan yang baik, lembut hati dan penyayang untuk diriku. 

Walaupun ringkas entry kali ini, aku berterima kasih pada Allah kerana membuka hati ini menerima lelaki yang sudi menyayangi diri ini setulus hati. Mudah  mudahan Allah melindungi, memelihara dan mempermudahkan perhubungan kami sehingga ke waktu yang bahagia seperti yang dijanjikan Allah buat setiap makhluk ciptaan-Nya...amin..